Khabar yang menggembiran semua rakyat Malaysia apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan akan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat yang berkelayakan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
BACA : Apakah nama BR1M yang baharu?
Berita yang menggembirakan itu telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melalui akaun Twitter rasminya petang tadi.
Maklumat lanjut berkenaan pemberian BR1M akan diumumkan minggu hadapan. Nama BR1M yang baharu akan ditukar nama yang lain.
“Seperti mana yang diarahkan oleh Tun (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu hadapan,” tulis Lim Guan Eng melalui Twitter.
Kerajaan yang baharu ini turut menekankan BR1M diteruskan bukanlah berunsurkan rasuah mahu pun politik dan ianya hanyalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.
Leave a Reply