BR1M 2015 atau BRIM 4.0 (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) sudah boleh dikemaskini bermula 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 khas untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja.
Untuk BR1M 2015 kali ini ada kelainan dan keistimewaan sikit. Untuk penerima BRIM 4.0 yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari RM650 kepada RM950.
Manakala bagi penerima yang isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bayaran ditingkatkan dari RM450 kepada RM750.
Berbeza dengan kategori individu (bujang) berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.
Yang tak berapa best, pembayaran BR1M 4.0 adalah sebanyak 3 kali dalam tempoh setahun dan jangan salah faham kalau mula-mula anda akan menerima 1/3 dari jumlah yang sepatutnya anda dapat.
Kalau dah 1 Disember 2014 nanti, anda bolehlah melayari laman web yang disediakan dan mengemaskini butiran peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan no akaun bank anda. Harus diingat, akaun bank anda mestilah aktif!
Anda boleh mengemaskini borang permohonan BR1M anda di sini :
Untuk penerima yang sudah mendaftar, anda tidak perlu mendaftar semula, anda hanya perlu kemaskini BR1M 4.0 sahaja seperti yang dinyatakan di atas.
Bagi yang belum pernah menerima BRIM sebelum ini, anda mestilah membuat permohonan baru dan mengisi borang permohonan BRIM 4.0 secara online di pautan laman web di atas.
Tarikh pembayaran BR1M 4.0 ini akan diberitahu mengikut peringkat bermula awal bulan Januari 2015.
SURAT DARIPADA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
BR1M 2015: KEMAS KINI MAKLUMAT PEMOHON
- Maklumat pasangan / tanggungan;
- Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat;
- Maklumat akaun bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun. Justeru itu, tuan / puan dinasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank tuan / puan. Senarai bank yang dibenarkan adalah seperti di lampiran; dan
- Untuk makluman, penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu, pemohon di bawah kategori isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
3. Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat https://ebr1m.hasil.gov.my atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM. www.tehpanas.com
4. Kegagalan tuan / puan mengemaskini maklumat di atas akan menyebabkan permohonan tuan / puan tidak diproses. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-88824565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)
Sekian, terima kasih.
Ingat! Cuma sebulan sahaja tempoh untuk mendaftar atau mengemaskini permohonan BR1M 2014 ini.
- brim 2015 (115)
- br1m 2015 (72)
- Https Ebr1m Hasil Gov My Is Correct Borang Brim 2015 Bk 01 (55)
- ebr1m2015 (48)
- brim4 0 (31)
blh x bg thu mcm mne nk kemas kini brim????dh pnt mncbe bnyk kli tapi tetp x blh jgk
mungkin sekarang laman web tu terlampau ramai pengunjung, al maklum ler hari pertama mesti ramai yang nak kemaskini maklumat tu.
may i know students studing overseas are also in this scheme if yes please advise the process of this application.
note : they are not here to do it can the parent do it, please advise soonest.