Boy Iman Ditangkap Polis, 188 Laporan Polis Boy Iman Tipu Jual Rumah

Akhirnya, Boy Iman atau nama sebenarnya Datuk Nuruliman A Rahman dan dua lagi suspek utama kes tipu jualan rumah ditahan polis berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

BACA : Isu Pangkat Dato’ & Doktor, Bukti Kad Pengesahan Nama (KPN) Boy Iman Palsu Didedahkan

Rupa-rupanya sebanyak 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources telah dibuat oleh pengadu sebelum ini.

Bukan itu sahaja, polis turut merampas barang-barang peribadi Boy Iman di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang seperti Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

Untuk pengetahun peminat Boy Iman, beliau kini masih ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

ArtisBuzz – Esok lusa bebas ler tu… Jangan bersedih ye…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*