Botol Tersumbat Dalam Dubur Semasa Menggaru Punggung, Warga Emas Terpaksa Dibedah Segera

Siapa sangka dalam kesedapan menggaru punggung menggunakan botol, lelaki tua berusia 60 tahun terpaksa berhadapan situasi cemas apabila botol cologne tiba-tiba masuk ke dalam duburnya.

BACA : Gesel Punggung Budak Perempuan, Lelaki Warga Indonesia Ditahan Polis

Menurut laporan Metro.co.uk, warga emas itu terus bergegas ke hospital untuk mendapatkan bantuan pakar perubatan kerana tidak tahan menanggung kesakitan pada perutnya.

Samapi di hospital, pakar Gastroenterologi, Dr Lin Jun membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati botol kira-kira enam sentimeter tersangkut di bahagian duburnya dan terpaksa menjalankan pembedahan dubur di hospital di wilayah Guangdong, selatan China.

“Pesakit mengadu mengalami kesakitan pada bahagian perut dan merasakan ada sesuatu di dalamnya hingga menyebabkan dia tidak dapat membuang air besar ataupun kentut.

“Keseluruhan botol itu berada dalam rektumnya,” – jelas warga emas itu.

Jangan risau, lelaki itu selamat menjalankan pembedahan dan kini masih dalam proses pemulihan susulan pembedahan yang dijalaninya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*