Nampaknya Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM1,000 kepada kakitangan kerajaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi.
BACA : Bonus Raya RM1,000 Untuk Penjawat Awam, CUEPACS Harap Kerajaan Beri Sebelum Hari Raya
Ketua Menteri, Adly Zahari memberitahu kepada Utusan Online, pemberian bonus itu melibatkan sejumlah 5,300 kakitangan awam di Melaka yang akan dibayar pada 23 Mei ini bersama gaji bulanan kakitangan kerajaan.
“Kerajaan negeri memperuntukkan RM5.3 juta bagi tujuan pembayaran bonus itu. – Adly Zahari
Adly memberitahu tujuan memberi bonus raya itu supaya membolehkan kakitangan kerajaan dapat membuat persiapan awal untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri selain meringankan beban mereka.
Leave a Reply