Selepas bertahun-tahun menjadi mangsa dera suaminya sendiri, seorang wanita membalas dendam bertindak memenggal kepala dan memotong kemaluan lelaki itu sebelum mencampak organ berkenaan untuk dimakan anjing.
Memetik Dailymail, Maria memberitahu kepada polis, dia terpaksa membunuh suaminya kerana itu adalah satu-satunya jalan untuk menghentikan penderaan terhadapnya.
Wanita berusia 48 tahun itu mencekik suaminya, Oleksandr, hingga mati pada 23 Ogos lalu selepas lelaki itu pulang dari kerja malam dan tidur di bilik rumah mereka, di sebuah perkampungan Obariv, Ukrain.
Selepas itu, Maria memenggal kepala suaminya yang berusia 49 tahun itu dengan kapak dan kemudiannya memotong kemaluan lelaki itu menggunakan pisau sebelum organ itu dicampak untuk dimakan anjing.
Wanita itu cuba mengerat mayat mangsa kepada beberapa bahagian tetapi gagal.
Maria ditahan polis selepas seorang jirannya melihat mayat lelaki itu tanpa kepala dan berlumuran darah di dalam rumah.
Berang Isteri Curang, Suami Potong & Bawa Lari Kemaluan Kekasih Isteri
Leave a Reply