Berniaga Depan Rumah Pun Kena Saman, Lelaki Ini Dedahkan Perangai Pihak Berkuasa

Selepas gambar peniaga nasi dan lauk di hadapan rumah diserbu pihak berkuasa menjadi viral di laman media sosial, peniaga lain yang terkena mendedahkan cerita sebenar dan perangai pihak berkuasa dengan peniaga Melayu khususnya.

BACA : Nasi Lemak Pondan Dikecam Teruk! Makin Dikecam

Menurut sumber, peniaga terbabit disaman oleh pihak berkuasa tempatan kerana terdapat aduan daripada jiran berhampiran walaupun berniaga di hadapan dan kawasan rumah sendiri. Namun, lokasi yang tepat tidaklah diketahui.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan sikap pihak berkuasa tempatan yang dikatakan pilih bulu dan berat sebelah terhadap peniaga Melayu.

“Meniaga depan rumah sendiri, cepat saja kena saman. Belum sejuk lauk dah kena serbu. Kalau yang lain-lain tu, lambat saja serbu. Siap buat tak nampak lagi. Kenapa? Depa tak bagi duit kopi ke?” – Aron Salem

“Dah kena saman berkali-kali. Bila kita mohon lesen, dia (PBT) kata dibekukan. Jadi, siapa yang menyusahkan siapa sebenarnya?” – Siti Rohani.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*