Gara-gara gurauan seorang penumpang yang mendakwa terdapat bom di dalam sebuah pesawat Lion Air menyebabkan 11 penumpang yang lain cedera selepas panik dan terjun dari sayap pesawat Boeing 737 itu.
BACA : Dua Wanita Bergaduh Sebab Anak Buat Bising Dalam Kapal Terbang
Kejadian dikatakan berlaku semasa penumpang memasuki pesawat yang dijadual berlepas dari Pontianak, Kalimatan ke Cengkareng, Jakarta.
Penerbangan JT687 yang dijadual berlepas dari Bandar Udara International Supadio jam 6.50 petang waktu tempatan itu, ditunda ke jam 9.45 malam, dan selamat tiba ke destinasi jam 11.10 malam tadi.
Penumpang yang lelaki dikenali sebagai Frantinus Nirigi dilaporkan bergurau kononnya terdapat bom dalam pesawat itu ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis Kalimatan Barat tidak menemui sebarang bom dalam kapal terbang berkenaan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air Group, Edward Sirait mendakwa sepanjang tahun 2018, Lion Air telah mengalami lapan kali gurauan bom.
VIDEO PENUMPANG TERJUN DARI PESAWAT DISEBABKAN GURAUAN BOM
Dikirim oleh TEHPANAS pada Senin, 28 Mei 2018
Leave a Reply