Gara-gara ejekan dalam gurauan, hubungan pasangan kekasih berusia 20-an berakhir dengan pembunuhan yang dahsyat apabila si wanita menikam si lelaki dengan gunting yang baru sahaja dibelinya.
BACA : Berang Isteri Curang, Suami Potong & Bawa Lari Kemaluan Kekasih Isteri
Cerita dia macam ni, pasangan terbabit berjalan-jalan membeli-belah pada petang 14 Ogos lalu, dan masa tu cuaca sangat panas menyebabkan si wanita dahaga dan mahu menikmati aiskrim.
Apabila wanita yang merupakan suspek pembunuhan kejam itu memberitahu teman lelakinya yang menjadi mangsa itu, bahawa dia mahukan aiskrim, mangsa mengejek dengan memberitahu, “Awak dah gemuk, mahu makan aiskrim lagi ke?”
Betul kata orang, perempuan sangat sensitif dengan perkataan gemuk dan begitu juga dengan suspek yang terus marah tetapi tidak berkata apa-apa dan hanya masuk ke sebuah kedai dan membeli sepasang gunting.
Sebaik sahaja dia keluar dari kedai tersebut, dia kembali kepada teman lelakinya dan terus menikam teman lelakinya sebanyak empat kali dengan guntingnya di khalayak ramai, mangsa terus rebah ke tanah dan menggeletar akibat cedera parah.
Pada masa itu, salah seorang yang berada di tempat kejadian meminta pertolongan dan memanggil polis serta paramedik.
Apabila polis dan paramedik tiba, mereka cuba menyelamatkan lelaki tersebut dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan tetapi sudah terlambat.
Lelaki itu mati dipercayai kerana kehilangan banyak darah disebabkan kecederaannya dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Sementara itu, wanita itu ditahan selepas dia cuba melarikan diri dan mengalami kecederaan ringan juga dan polis masih menyiasat kes terbabit.
Sumber : News EBC
Leave a Reply