“Hati Saya Tertutup Untuk Lelaki” – Bella Mahu Aliff Lupakan Dirinya

Hampir dua bulan bercerai, bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mendedahkan hatinya tertutup rapat untuk menerima mana-mana lelaki sebagai teman hidup buat masa ini.

BACA : “Awak Believe In Miracles Kan?” – Aliff Aziz Tegur Bella Astillah Dalam Live

Bella membuat keputusan itu kerana ingin fokus terhadap keluarga dan mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan bersama anaknya, memetik mStar.

“Buat masa sekarang saya rasa masih terlalu singkat dan belum fikir soal jodoh.

“Saya hanya nak fokus pada dua benda iaitu keluarga dan cari rezeki. Insyallah, saya akan bawa mama dan ayah tunai Umrah pada November nanti.

“Hati saya betul-betul tertutup rapat untuk mana-mana lelaki buat masa ini,” Bella Astillah.

Menurut Bella, peluang kedua untuk menerima bekas suaminya, Aliff, dia hanya menyerahkan segalanya kepada takdir dan sekiranya tiada jodoh antara mereka, Bella mengharapkan Aliff dapat melupakan dirinya dan meneruskan kehidupan baharu.

1 Trackback / Pingback

  1. “Hati Saya Tertutup Untuk Lelaki” – Bella Mahu Aliff Lupakan Dirinya - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*