Masih ingat dengan bekas suami selebriti Abby Abadi yang 20 tahun lebih muda dari beliau? Bekas suami Abby Abadi yang dikenali sebagai Farhan memberitahu kepada pihak media yang dirinya tidak lama lagi akan berlakon dan kerap menjalani sesi fotografi bersama majalah hiburan dan media.
“Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan & tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi laluan kepada saya berada dalam bidang ini. Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin mencuba dalam bidang ini” ujar Farhan.
Farhan memberitahu sebenarnya tawaran berlakon memang sudah banyak selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, tetapi terpaksa ditolak kononnya masa tersebut masih belum bersedia dan kini masa yang paling sesuai untuk menjadi artis.
Sebelum jadi artis dan berlakon, Farhan kini mula meluangkan masa ke gym untuk membina badan. Nak jadi macam badan Dwayne Johnson ke Norman Hakim?
“Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya. Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai,” tambah Farhan lagi.
“Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tapi dia tak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan,” katanya.
Ramai yang memberi komen di laman sosial Facebook mengenai isu bekas suami Abby Abadi nak jadi pelakon ini dan ada yang mencadangkan supaya Farhan berlakon dalam drama Tanah Kubur untuk mula-mula memperkenalkan diri dalam dunia hiburan. #LOL
Leave a Reply