Penyanyi dari Singapura, Sufie Rashid yang juga merupakan bekas anak tiri Mohammad Arif Dolah (bekas pengurus Tegar) telah mendedahkan cerita sebenar mengenai isu Tegar diliwat oleh beka ayah tirinya itu kerana Sufie turut diperlakukan seperti Tegar, malah lebih teruk lagi.
[BACA : TEGAR DILIWAT BEKAS PENGURUS]
Sufie mengakui kejadian yang berlaku hampir 11 tahun itu semasa Arif menjadi pengurus Sufie dan mendedahkan perbuatan keji Arif Dolah ke atas dirinya yang dipaksa melakukan oral seks selama setahun setengah.
Pada masa yang sama Arif sudah berkahwin dengan ibu Sufie tetapi Sufie hanya mendiamkan diri selepas ibunya tidak percaya apa yang diberitahu kepada ibunya mengenai kelakuan tidak senonoh Arif.
Melihat penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar menjadi mangsa Arif yang seterusnya, Sufie membuat pengakuan tersebut bersama Tegar dalam satu sidang media khas di Istana Budaya, yang turut dihadiri pemilik Harpa Record, Handako Kusuwo dan bapa Tegar iaitu Jusup Suhardi.
“Sudah lama saya pendam semua ini. Saya nekad tampil mendedahkan segala perbuatan keji dia kerana tidak sanggup melihat orang lain terus menjadi mangsanya.
“Saya cuba memberanikan mengambil langkah ini selepas mendengar sendiri kisah Tegar ditipu dan sejak itu saya juga yakin ada sesuatu yang tidak kena berlaku ke atasnya.
“Kebetulan saya juga mengenali wakil pihak pengurusan Tegar iaitu Ali dan selepas berbincang dengannya saya dibawa bertemu Tegar.
“Apa yang berlaku kepada saya sebelum ini saya ceritakan Tegar dan disebabkan itu Tegar akhirnya berani membuka mulut berterus terang terhadap apa yang berlaku,” ujarnya.
“Apa yang dia lakukan terhadap saya sangat melampau sehingga sudah ke tahap suami dan isteri. Ketika itu saya berusia 13 tahun dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak ada sokongan.
“Saya ada cuba memberitahu ibu tapi dia tidak percaya tambahan pula ketika itu Arif sudah berkahwin dengannya malah saya pula dituduh untuk mereka cerita. Arif seorang yang licik kerana dia pandai memanipulasikan cerita.
“Apa yang berlaku sebelum ini memang dahsyat dan sehingga kini saya masih mengalami trauma dan terpaksa menjalani kaunseling untuk melupakan perbuatan keji itu,”jelasnya.
“Tolak ke tepi apa yang orang akan katakan terhadap saya. Saya sudah fikir sedalam dalamnya dan niat saya hanyalah mahu menghentikan segala perbuatan terkutuk dia.
“Saya sendiri pun sudah membuat laporan polis dan saya amat berharap pendedahan saya ini dapat membantu dan memberi pengajaran buat semua,” jelasnya panjang lebar. – Sufie Rashid
Leave a Reply