Bayi Bernama ‘Nutella’ Diarahkan Tukar Nama Oleh Mahkamah

Seorang bayi perempuan yang berusia 4 bulan telah diberi nama oleh ibu bapanya dengan nama coklat roti yang terkenal dan mahal iaitu ‘Nutella’ terpaksa menukar nama lain selepas diarahkan oleh mahkamah.

Mahkamah Perancis telah memutuskan bahawa seorang bayi perempuan tidak boleh diberi nama Nutella kerana nama tersebut adalah nama makanan dan bukannya nama orang, kata mahkamah kepada ibu bapa bayi tersebut.

[BACA INI : 6 NAMA ANAK DILARANG DALAM ISLAM]

Bayi perempuan yang dilahirkan di Valenciennes, Perancis pada bulan September 2014 lalu telah dinamakan semula dengan nama Ella atas nasihat mahkamah berpandukan undang-undang Perancis yang berkehendakkan pendaftar sijil kelahiran perlu memberitahu mahkamah keluarga sebelum memberi nama.

Mahkamah juga memberitahu sekiranya nama bayi tersebut kekal dengan nama Nutella, risiko bayi tersebut semasa zaman kanak-kanak meningkat remaja nanti akan tertekan kerana sudah pasti akan mejadi bahan usikan rakan-rakan lain dengan nama tersebut.

Dengan sebab dan alasan yang munasabah, Nutella telah sah ditukar nama dengan nama yang lain iaitu Ella.

Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Suami Isteri Saman Kerajaan Kerana Tidak Dibenarkan Guna Nama ‘Allah’
  2. Namakan Anak ‘Google’, Ibu Bapa Mahu Anak Jadi Pemimpin - TEHPANAS
  3. Namakan Anak ‘Google’, Ibu Bapa Mahu Anak Jadi Pemimpin - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*