Seorang bayi perempuan berusia empat bulan ditemui dalam keadaan tertiarap dan wajahnya kebiruan tidak sedarkan diri oleh petugas taska di Kuala Terengganu, pagi semalam.
Arwah, Dayangku NurAlya Mariyam Awangku Hazrin dipercayai lemas ketika meniarap semasa tidur.
BACA : Remaja Hamil 9 bulan Ditemui Mati Dibunuh, Bayi Dalam Perut Diculik
Ibu arwah, Syahirah Mhd Ali, 31 tahun bergegas ke taska berkenaan sebelum mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu dalam keadaan lemah dan tak bermaya kira-kira jam 10 pagi.
NurAlya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk rawatan selanjutnya sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi.
Menurut Sinar Harian, Syahirah langsung tidak salahkan pihak taska atau mana-mana pihak bertanggungjawab kerana tahu insiden berlaku bukan disebabkan kecuaian sesiapa.
“Arwah yang dilahirkan pada 13 Januari lalu sebenarnya baru belajar meniarap dan mungkin semasa dia sedang cuba meniarap, tiada petugas di situ.
“Saya difahamkan dia sedang tidur semasa ditinggalkan oleh guru taska menjaganya dan mungkin sepanjang tempoh itu, dia cuba meniarap,” Syahirah Mhd Ali.
Ibu arwah turut reda dan menerima ujian ini sebagai ketentuan dari-Nya dan tidak mahu anaknya dibedah siasat kerana tidak mahu mayat terseksa selain berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada semua pihak termasuk pihak pengurusan taska berkenaan.
Leave a Reply