“Nak Buat Macam Mana, Sudah Terlanjur” – Bapa Rogol Anak Kandung Sehingga Mengandung 6 Bulan

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengandung enam bulan anak ayahnya sendiri selepas menjadi mangsa nafsu semenjak dua tahun yang lepas.

BACA : Bapa Rogol 105 Kali & Liwat Anak Kandung Selama 4 Bulan

Kejadian yang berpunca dari peristiwa dua tahun lepas apabila ayah mangsa melihat mangsa yang pada masa tu berusia 14 tahun sedang menyalin pakaian selepas balik dari sekolah.

Ayahnya terus memeluk mangsa dari belakang dan cuba melawan namun gagal. Sejak dari itu, mangsa kerap dirogol oleh ayahnya seminggu sekali kecuali mangsa datang bulan.

“Dia selalu berontak setiap saya mau. Biasanya dalam sekali seminggu saya berhubungan badan. Kecuali kalau datang bulan” – jelas suspek kepada Tribunews.

Selepas kantoi anaknya mengandung 6 bulan, suspek cuba bermacam-macam cara untuk menggugurkan kandungan anaknya, namun gagal.

Oleh kerana gagal menggugurkan kandungan anaknya, suspek menyembunyikan anaknya daripada ibu mangsa dengan membawa anaknya ke daerah yang lain.

Bagaimanapun, isteri supek mula curiga melihat kelakuan suaminya dan anaknya yang hilang selama 3 minggu menyebabkan dia terpakasa membuat laporan polis.

Akhirnya kegiatan suspek terbongkar apabila polis menemui anak mereka. Semasa soal siasat dijalankan, suspek memberikan jawapan yang slumber kepada pihak polis.

“Perbuatan itu memang tidak senonoh tapi nak buat macam mana lagi, sudah terlanjur. Kalau disuruh bertanggungjawab, saya sedia untuk menikahinya” – jawab ayah suspek semasa soal siasat polis.

Suspek turut mendedahkan dia akan merogol anaknya semasa isterinya di sawah dan lelaki berasal dari Indonesia itu kini masih dalam tahanan pihak polis.

Bapa Rogol 105 Kali & Liwat Anak Kandung Selama 4 Bulan

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*