Bapa Rogol 105 Kali & Liwat Anak Kandung Selama 4 Bulan

Seorang lelaki berusia 46 tahun dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan rogol dan liwat anak kandungnya berusia 15 tahun, sejak Ogos lalu.

BACA : Mengaku Dirasuk Syaitan, Lelaki Rogol Adik Ipar Sebanyak 7 Kali

Bapa empat anak itu tiba di perkarangan mahkamah, 11.15 pagi tadi, diiringi sepasukan pegawai dan anggota polis, memetik Harian Metro.

Difahamkan berdepan 104 pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana liwat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh terhadap anak sulungnya di kediamannya di Kuala Berang bermula 14 Ogos sehingga kali terakhir pada 26 November lalu.

Lelaki berdepan 105 tuduhan rogol dan liwat anak kandung

1 Comment

  1. Sepatutnya sbg bapa protect anak bukan menjahanamkan mase depan anak,kalau da nafsu tu mcm syaitan,Iman kurang tu yg anak pun bole jadi tempat seks

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*