Muka Anak Dibaham Anjing ‘Pitbull’, Bapa Dedah Punca Anak Diserang

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang digigit anjing jenis Pitbull pada muka di Taman Makmur, Endau, Mersing, Johor, Khamis lalu berpunca daripada rantai untuk mengikat haiwan tersebut putus.

Ini telah didedahkan sendiri oleh bapa mangsa, Eng yang berada di Ipoh dan mangsa bersama ibunya semasa kejadian berlaku .

Menurut Eng, pada hari kejadian, anaknya bermain bersama anak jiran di kawasan perumahan berkenaan.

“Sebelum ini, saya memang tahu jiran ibu mentua ada membela anjing tapi saya tidak tahu ia jenis Pitbull yang diharamkan di negara ini.

“Ketika anak leka bermain bersama rakan-rakan, tiba-tiba rantai yang digunakan untuk mengikat anjing putus.

“Disebabkan anak saya individu paling dekat dengan haiwan itu, anjing terbabit menyerangnya di bahagian muka,”- Eng.

Eng memberitahu anaknya dibawa ke Hospital Rompin sebelum dirujuk ke Hospital di Kuantan, Pahang dan selepas perbincangan dengan ahli keluarga, mangsa dibawa ke hospital pakar bagi mendapatkan rawatan.

Eng menggesa supaya pihak berkuasa lebih peka terhadap individu yang sewenang-wenangnya membela anjing Pitbull yang diharamkan di Malaysia selepas apa yang berlaku itu.

Terdahulu, siasatan awal pihak polis mendapati pemilik anjing tidak mempunyai permit atau lesen untuk memiliki anjing jenis Pitbull yang membahan muka budak perempuan itu.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*