Menyamar Jadi Anak Perempuannya, Banduan Kantoi Lari Dari Penjara

Cuba untuk melarikan diri dari penjara, seorang banduan yang merupakan ketua pengedar dadah ‘kantoi’ ketika menyamar menjadi anak perempuannya Sabtu lalu.

Taktik Clauvino da Silva yang berusia 42 tahun itu terbongkar apabila pihak berkuasa penjara di Rio de Janeiro, Brazil mengeluarkan rakaman video menunjukkan banduan berusia 42 tahun terbabit memakai rambut palsu, topeng muka silikon, coli dan kemeja T ketat.

Menurut pihak penjara, pada mulanya, anak perempuan Silva dilaporkan melawat bapanya yang menjalani hukuman penjara 73 tahun dan 10 bulan di penjara dan digelar sebagai Bangu 3.

“Dia merancang untuk ‘bertukar tempat’ dengan anak perempuannya. Tetapi, pengawal tidak terpedaya dengan penyamaran itu,” – pihak penjara.

Susulan insiden itu, anak perempuan Silva dan tujuh individu lain yang melawatnya telah disoal siasat dan anak perempuannya mungkin akan didakwa kerana bersubahat.

Rupa-rupanya, insiden terbabit bukan cubaan pertama dibuat oleh Silva kerana pada 2013, dia bersama 31 banduan lain dilaporkan cuba melarikan diri dari Vicente Piragibe Penal Institute di Gericini melalui sistem pembetungan penjara terbabit, namun akhirnya ditangkap.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, Silva bakal dipindahkan ke penjara keselamatan tinggi.

Sumber : BuzzFeed News

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*