Balas Dendam Punca ‘Mat Saleh Australia’ Tembak Jemaah Dalam Masjid di Christchurch

Suspek yang terlibat dengan tragedi tembakan rambanh di dalam sebuah masjid di Christchurch, New Zealand telah dikenal pasti sebagai warga Australia dan menyifatkan dirinya sebagai seorang lelaki Mat Saleh (White Man) biasa berusia 28 tahun.

BACA : Tembakan Dalam Masjid di Christchurch, 40 Orang Mati & 20 Orang Cedera 

Mat Saleh telah membuat serangan tersebut secara langsung melalui video Facebook Live yang dimuatnaik oleh pengguna akaun “Brenton Tarrant 9” menunjukkan seorang lelaki bersenjata menyerang Masjid Al Noor.

Manifesto setebal 74 muka surat yang menjelaskan punca serangan itu dilakukan dipercayai ditulis suspek dan punca melancarkan serangan itu kerana mahu membalas dendam terhadap ribuan kematian disebabkan penceroboh asing.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Brenton Tarrant memberitahu juga melalui manifesto tersebut, dia berada di New Zealand hanya untuk menetap sementara ketika dia merancang dan berlatih tetapi memutuskan untuk melancarkan serangan di sana.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Tembakan Dalam Masjid di Christchurch, 40 Orang Mati & 20 Orang Cedera Termasuk Warganegara Malaysia
  2. Pembunuh 49 Jemaah Masjid Beri Isyarat OK Dalam Mahkamah, Apakah Maksud Syarat OK Tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*