Lamaran bakal ‘pengantin lelaki’ akhirnya membongkar rahsia dirinya, apabila keluarga bakal pengantin perempuan mendapati ‘pengantin lelaki’ itu sebenarnya perempuan.
BACA : Sedar Wajah Kekasih Berbeza Dengan Gambar Di Facebook, Lelaki Batal Kahwin Saat Akhir
Majlis perkahwinan pasangan itu terpaksa dibatalkan selepas keluarga TE, 15 tahun dari Desa Nyiur Sayak, Kecamatan Semidang Aji, Kabupaten Ogan Komering Ulu (OKU), Sumatera Selatan, mencurigai kekasihnya, Nilin Ismaya (NI), 25 tahun itu semasa majlis melamar.
Gambar ‘pengantin lelaki’ Nilin Ismaya yang menyamar
Menurut jurucakap pihak berkuasa, Alex Andrian berkata, mereka mula mencurigai apabila mendengar suara NI seperti perempuan menyebabkan keluarga TE mahu bertemu dengan NI.
Seterusnya kedua-dua belah keluarga itu juga bersetuju untuk membawa NI melakukan pemeriksaan dengan bidan dan jantina sebenar NI akhirnya terbongkar menyebabkan lamarannya dibatalkan.
Memetik TribuneNews, TE dikatakan berkenalan dengan NI menerusi media sosial dan kedua-dua mereka kemudiannya memutuskan untuk berkahwin.
Sebelum lamaran itu, TE sempat bertemu NI beberapa kali, namun dia tidak mengesyaki apa-apa.
Leave a Reply