Ayah Nekad Jadi Spider-Man Demi Anaknya Yang Autisme

Seorang lelaki yang merupakan bapa tunggal kepada seorang anak lelakinya yang autisme nekad menjadi super-hero kesayangan anaknya iaitu Spider-Man dengan memakai kostum lengkap bertopeng.

LIHAT : (Video) Lelaki Ini Hadiahkan Kereta Ferrari Kepada Ayahnya Sempena Hari Jadi

Lelaki yang dikenali sebagai Dale Ground ini memberitahu dengan berpakaian lengkap seperti Spider-Man dapat menenangkan anaknya, Reece yang berusia 8 tahun sekiranya dia mengamuk atau tidak dapat dikawal.

Bukan sahaja untuk menenangkan anaknya, malahan Dale akan ‘bertukar’ menjadi Spider-Man semasa melawat kanak-kanak yang sakit di hospital dan menerima berpuluh-puluh permintaan untuk meraikan pesta ulang tahun anak-anak.

Lagi satu, setiap kali mengambil anaknya dari sekolah, beliau memberitahu yang dirinya akan memakai pakaian Spiderman yang dibeli dengan harga RM 130 ($ 33) itu.

Kalau korang nak tahu, pengorbanan Dale ini mendapat perhatian oleh masyarakat dan ramai yang memuji tindakan Dale semata-mata demi anaknya yang autisme itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*