Semenjak dua menjak ni, nama pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa menjadi bualan hangat apabila pasangan kawan baik selama lapan tahun akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka.
Apa yang mengejutkan, sudah banyak kali Nadzmi memberi bayangan mengajak Ardell berkahwin namun ditolak sebelum Ardell sendiri untuk untuk merisik Nadzmi dengan memberikan senaskah Al-Quran.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen, sebuah rakaman video menyarungkan cincin ke jari Ardell, dan Ardell kelihatan malu apabila Nadzmi mahu memegang tangannya menyebabkan rasa kurang senang netizen.
Rata-rata netizen mengungkit kisah sepanjang mereka menjadi sahabat, tiada pula perasaan malu bertepuk tampar, duduk rapat dan menyanyi bersama-sama di dalam kereta.
Ya Allah…cutenya diorang 🥰
Malu2…aloloo sweet pun ade gak 💕💕 pic.twitter.com/ugjPDu0Vbd
— Snr 🥀 (@sinar2802) September 1, 2019
Leave a Reply