Apartment Mewah Najib Diserbu Polis Lagi!

Selepas serbuan dan operasi menggerudi peti besi yang hilang kunci selepas 20 tahun lepas, sekali lagi pihak polis membuat serbuan di apartment mewah milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kondominium mewah di Jalan Raja Chulan.

Operasi serbuan ini untuk mencari bukti-bukti yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Najib.

Susulan daripada serbuan demi serbuan oleh pihak polis ini, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Shahril Hamdan menyifatkan sebagai tindakan tiada belas kasihan memandangkan hari ini adalah 1 Ramadan. Hmmm…

Oh ya, selain itu Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Kita tunggu dan lihat apalagi yang akan terjadi selepas ini.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. 72 Senarai Barang Rampasan Dari Kondo Mewah Najib Sangat Mengejutkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*