Sudah menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk menjalankan ibadah puasa semasa bulan Ramadan.
Namun, ramai yang masih belum tahu sama ada boleh atau tidak untuk merasa makanan dengan menggunakan hujung lidah.
Merasa makanan untuk memastikan masakana kita cukup rasa, cukup masin atau pun cukup manis.
Okay, apa yang kami perolehi daripada sumber (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan), hukum merasa makanan semasa berpuasa di bulan Ramadan telah menerangkan ianya BOLEH.
Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih. Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur. Ibn Abbas R. Anhuma berkata:
لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ
““Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”
Ini hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya.
Jangan pula korang merasa makanan guna hujung lidah sampai satu sudu, lepas tu telan pulak ya!
Selamat berpuasa…
Leave a Reply