Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara hampir seminggu di Penjara Sungai Buloh mendakwa dirinya diganggu oleh beratus ekor nyamuk setiap malam.
Perkara ini telah didedahkan oleh isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melalui video ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan kes saman Anwar terhadap Anifah Aman di Mahkamah Tinggi Jalan Duta semalam.
Kerana serangan beratus ekor nyamuk dan kesan gigitan nyamuk merata-rata tersebut, Wan Azizah juga memberitahu masa tidur Anwar Ibrahim turut terganggu.
Sebelum ini, Raja Bomoh Negara mendakwa ada individu menghantar 4 ekor hantu raya untuk membunuh Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh tetapi berjaya dihalang oleh Raja Bomoh Negara dengan memukul buah limau dengan kayu golf di hadapan penjara.
VIDEO WAN AZIZAH DEDAH ANWAR IBRAHIM DIGANGGU BERATUS EKOR NYAMUK
Leave a Reply