Anggota PDRM Kena Tangkap SPRM, Terima Rasuah Pengedar Ketum

Heboh di laman sosial Facebook dan aplikasi whatsapp dengan penyebaran gambar 2 anggota unit peronda polis (MPV) ditangkap oleh anggota SPRM.

BACA : Sultan Johor Cuba Dirasuah RM2 Juta

Gambar tersebut viral petang tadi dan pada mulanya, perbualan whatsapp (lihat gambar) mendakwa ianya adalah penggambaran lakonan drama Gerak Khas episod 16.

Kenyataannya, ia adalah situasi sebenar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis telah menahan dua anggota unit peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah di sempadan Kedah-Perlis.

Semua ini gara-gara menerima rasuah daripada seorang pengedar ketum sebanyak RM4,000 yang sebelum ini pernah ditahan dan wang rasuah terbabit sebagai jaminan tidak mengambil tindakan ke atas kesalahannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi,” – Pengarah SPRM Perlis Yaacop Angah.

Turut disebar gambar kad identiti anggota SPRM yang menangkap dua anggota polis iaitu Mohd Ridhwan Bin Omar dan Mohd Edzwan Bon Mohd Jadi itu turut menjadi viral.

Cerita Sebenar Tapi Berbeza

Ada sumber yang kami perolehi, anggota polis MPV ni kerap meminta wang rasuah daripada pengedar-pengedar daun ketum dari daerah Naka ke Padang Besar, kerana tidak tahan kerap diminta wang untuk melepaskan diri, akhirnya pengedar daun ketum itu membuat laporan SPRM dan bekerjasama dengan SPRM.

Namun, wang yang berjumlah RM4,000 tersebut masih belum diambil oleh dua anggota polis yang ditahan oleh SPRM itu. Jadi?

BeritaSerius – Pengedar ketum lepas ni like a boss…

Carian Anda :

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. Cikgu Dalila Ila Hina Polis Makan Rasuah, Ditangkap Polis Serta Merta
  2. Anggota SPRM Yang Menangkap Anggota PDRM Rupanya Membalas Dendam Lama Terhadap PDRM
  3. Anak Polis Ditangkap SPRM Buat Laporan, SPRM Aibkan Ayahnya
  4. Terlibat Rasuah, SPRM Tangkap 22 Lagi Penguat Kuasa JPJ - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*