Selepas memakan tiga ketul kepak ayam goreng yang masih berbulu, seorang wanita baru perasan ada benda pelik pada bahagian kepak ayam yang dipesan di restoran McDonald’s.
BACA : Burger & Kentang Goreng McDonalds Selepas 979 Hari
Menurut laporan South China Morning Post, wanita tersebut yang dikenali sebagai Zhou memesan makanan untuk anak perempuannya dan memberi bahagian kepak ayam kepada anaknya di salah sebuah restoran McDonald’s di Beijing.
Tanpa disedari ayam goreng yang masih berbulu lebat itu dimakan oleh anaknya sehingga anaknya tercekik bulu ayam ketika dia sedang menggigit ayam tersebut.
Bengang dengan ayam goreng yang masih berbulu lebat itu, Zhou telah mengambil gambar kepak ayam tersebut dan terus memuat naik ke media sosial sebelum membuat aduan pada kedai makanan segera itu dan mereka bersedia untuk membayar ganti rugi 10 kali ganda dari harga asal berserta kupon makanan.
Wang bukan segalanya, wanita itu menolak tawaran tersebut dan membuat laporan ke kementerian kesihatan dan McDonald’s China juga telah memohon maaf secara rasmi dan berjanji akan menyiasat perkara ini.
Cina kemproh biasalah.namapun cina memang mengotor
Cina kemproh biasalah haha