Anak Goreng Otak Ibu Dalam Kuali Selepas Membunuhnya

Seorang lelaki di Chhattisgarh, New Delhi, India, yang dikenali sebagai Sitaram Iraon, berusia 32 tahun, membunuh ibunya Phoolbai, berusia 50 tahun.

BACA : Bosan Dengan Ibu, Gadis Bunuh & Kerat Mayat Ibunya Sebelum Buang Dalam Tong Sampah

Memetik DailyMail, Sitaram dipercayai membunuh mangsa kerana enggan memberikannya wang untuk membeli arak. Dia juga sering pulang dalam keadaan mabuk dan memukul ibunya.

Polis berjaya menahan suspek selepas membunuh ibunya.

Berang kerana permintaannya tidak dipenuhi, Sitaram mengambil kapak dan terus menetak ibunya sebelum mengeluarkan otak mangsa untuk digoreng di dalam kuali.

Apabila perbuatannya dilihat oleh kakak iparnya, suspek kemudiannya cuba melarikan diri sebelum ditahan polis semalam.

Menurut pihak polis, lelaki yang didakwa tidak siuman itu ditemui bersembunyi di kawasan berhampiran dengan pakaian dipenuhi darah.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*