Lama tak dengar cerita Ana Raffali selepas mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 yang lalu dan sudah pasti peminat Ana rindu dengan gaya manjanya dengan gitar kapoknya apabila menyanyi.
Sebenarnya Ana Raffali kini bertugas sepenuh masa sebagai seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian sejak Mei tahun lalu kerana ingin mencapai cita-cita bergelar pendidik selain ingin memanfaatkan ijazah diperolehnya dalam jurusan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Teknolog MARA (UiTM) Shah Alam.
“Sejak dahulu saya memang meminati bahasa Inggeris malah mempunyai ijazah dalam bidang itu, jadi sayang kalau saya tidak gunakannya.
“Tambahan pula saya memang bercita-cita untuk bergelar seorang guru dan Alhamdulillah cita-cita itu tercapai,” Ana raffali.
Faktor anaknya, Aaydeen Oumar yang baru berusia 2 tahun juga salah satu sebab dirinya agak sukar untuk meneruskan aktiviti di dalam bidang nyanyian.
Ana Raffali juga memberitahu yang dirinya masih aktif menulis dan mencipta lagu di studio mini di rumahnya sendiri dan dia tidak akan melupakan bidang nyanyian dan tiba masanya nanti akan membuat kemunculan semula dalam dunia hiburan tanah air.
ArtisBuzz : Selamat pagi cikgu Ana!
Leave a Reply