Siapa tidak kenal dengan Amelina atau nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin yang pernah digelar dengan Ratu Dangdut suatu ketika dahulu.
Tetapi, semenjak dua menjak ni Amelina mengakui tertekan dengan peminatnya yang ‘kehausan’ selepas 15 tahun menyepi?
“Banyak permintaan bila nak keluar album? Zaman dulu mana ada lagu single? Tetapi permintaan mereka ini menyebabkan tekanan yang amat sangat sebab mereka nakkan Amelina yang lama, nakkan muzik Amelina yang lama. Mana I nak cari?” – Amelina.
Oh, rupanya Amelina tertekan apabila tidak berjaya menghilangkan ‘kehausan’ para peminatnya yang merindukan rentak lenggok dan alunan dangdutnya sewaktu zaman kegemilangannya bersama Iwan dahulu.
Oleh kerana tertekan dengan irama dangdut yang diminta oleh peminat, Amelina nekad untuk mencuba mencipta lagu dan melodinya sendiri dan berhasrat untuk mempunyai sebuah album penuh berkonsepkan dangdut.
Leave a Reply