Seorang ceti haram atau Along menangis bercucuran air mata di dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam menjatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana mengugut dan menyimbah cat merah pada rumah seorang peniaga, Mac lalu.
Tertuduh, Tan Zei Hung, 30 tahun sebelum ini mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tangkapan pada 11 Mac lalu dan turut menerima hukuman sama, pasangan kekasih, Kevin Chin Teck Leong, 28 tahun dan Caroline Anak Normadiah, 30 tahun.
Menurut MyMetro, mereka bersama-sama didakwa mengugut mangsa berusia 61 tahun dengan meninggalkan ugutan dan menyimbah cat merah di sebuah pangsapuri di Seksyen 16, Petaling Jaya pada 1.30 pagi 11 Mac lalu.
Tidak cukup dengan ugutan dan menyimbah cat, mereka dituduh melakukan khianat dengan membakar rumah manga yang sama pada jam 4.30 pagi 20 Mac lalu.
Tan dan Kevin tidak mengaku bersalah membakar rumah mangsa, namun Caroline tidak memahami pertuduhan berkenaan sebaik dibacakan di hadapan hakim.
Yang menghairankan, mangsa mahu pun keluarganya tidak pernah meminjam pinjaman daripada Along, tetapi rumah mereka pula yang menjadi mangsa.
Leave a Reply