Habiskan RM200 Ribu Beli Handbag Isteri, Aliff Syukri Sedih Isteri Tak Hargai

Duit bukan segalanya, mungkin itu boleh dikaitkan dengan perkongsian Datuk Seri Aliff Syukri apabila dia habiskan RM200 ribu untuk menghadiahkan handbag kepada isterinya, Datin Seri Shahida namun tidak diendahkan oleh isterinya.

BACA : Tayang Spender Mahal Di Intstagram, Ibu Aliff Syukri Bengang

Menurut perkongsian paparan mesej perbualan Whatsapp Aliff Syukri dengan isterinya, dia memaklumkan telah membelikan hadiah handbag di Jakarta.

Namun, Aliff dilihat terkilan apabila respon daripada isterinya menghampakan dan Shahida dilihat tidak memberikan fokus atau reaksi gembira kerana sibuk berniaga.

“I baru je habis belikan u beg @chanelofficial rm200k. u x hargai pun. apa lah masalahyee,” – luah Aliff Syukri di Instagram.

Posting Aliff tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata mengandaikan isterinya tidak merestui apa yang dia lakukan di Indonesia buat masa sekarang.

Ada juga yang mengatakan mood wanita mengandung adalah berbeza dengan mood wanita biasa dan sudah pasti cepat melenting.

Jika dilihat pada Instgaram Aliff, dia sedang sibuk menghasilkan sebuah lagi lagu bersama penyanyi wanita Indonesia Lucinta Luna dan kerap bergambar bersama penyanyi tersebut. Adakah sedikit sebanyak perasaan cemburu isterinya membuat dia gusar?

Carian Anda :

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Video) "Pale Otak Kau Nak Jual Ikan Kena Racun" - Netizen Kecam Aliff Syukri Jual Ikan Mewah Mati
  2. “Pale Otak Kau Nak Jual Ikan Kena Racun” – Netizen Kecam Aliff Syukri Jual Ikan Mewah Mati Kepada Orang Ramai - Info Sebenar
  3. Kerana Youtube, Rumah Tangga Aliff Syukri Bergolak? Bonda Rozita Dedah Punca Sebenar - TEHPANAS
  4. Kerana Youtube, Rumah Tangga Aliff Syukri Bergolak? Bonda Rozita Dedah Punca Sebenar - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*