Pelakon Aliff Aziz menerusi Facebook ibunya, Siti Hafizah Sheikh Mohamad mengucapkan terima kasih kepada yang memberikan kata-kata semangat kepada dirinya semasa dalam tahanan polis di Singapura baru-baru ini.
BACA : Aliff Aziz Dah Bebas, Ibu Berterima Kasih Kepada Yang Mendoakannya
Menurut pelakon dan penyanyi itu, 2019 adalah merupakan tahun yang mencabar buat dirinya apabila ditimpa pelbagai ujian.
“Terima kasih… ramai orang mesej secara peribadi dan ambil berat tentang saya, masih ada orang yang berhati baik.
“Tahun paling berat untuk saya dari segi spiritual dan mental tapi InshaAllah saya akan belajar menjadi lebih kuat selepas ini,” – jelas Aliff melalui video tersebut.
Video yang dikongsi oleh ibu Aliff di Facebook miliknya memaparkan dia bersama ibu dan bapanya serta adiknya, penyanyi Aisyah Aziz sedang menjamu selera di salah sebuah kedai makan.
Sebelum ini, Aliff telah ditahan pihak polis Singapura kerana menganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk pada Ahad lalu.
Aliff ditahan Pasukan Polis Singapura (SPF) kira-kira pukul 6.40 pagi di kawasan Orchard Road yang didakwa bergaduh dengan seorang lelaki.
“Dia Cari Pasal Semua Orang…” – Saksi Dedah Sebab Aliff Aziz Ditangkap Polis
Leave a Reply