Walaupun baru 14 hari berpantang, pelakon Wawa Zainal mendedahkan suaminya, pelaokon Aeril Zafrel meluahkan hasrat untuk memiliki seorang lagi anak lelaki.
BACA : Elfira Loy Kongsi Gambar Anak Sempena Hari Terakhir Berpantang
“Tak sangka dah ada tiga orang anak. Aeril request dia nak tambah satu lagi anak lelaki,” – tulis Wawa di Instagram.
Menerusi Instagram, Wawa turut berkongsi beberapa keping foto yang menunjukkan wajah anak ketiganya, Aya Soffya.
“Tapi bila ingat balik kesakitan nak beranak tu ya Allah… kali ni beranak paling tak boleh lupa.
“Rasa sakit dia macam betul-betul hujung nyawa.
Tapi bila ingat balik kesakitan nak beranak tu ya Allah… kali ni beranak paling tak boleh lupa.
“Tapi bila si kecil ni dah keluar, rasa lega,” – Wawa Zainal.
Wawa menjelaskan berbeza bersalin anak yang ketiga ini kerana dia mengalami kesakitan yang melampau berbanding dua anaknya sebelum ini.
Sebelum ini, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menimang cahaya mata ketiga pada 1 Disember lalu dan mengumumkan nama anak ketiganya itu adalah Aya Soffya bersempena nama sebuah masjid di Turki.
Leave a Reply