Kisah adik Rayyan seorang penghidap kanser yang teringin menaiki kereta BMW cukup menyentuh perasaan dan mendapat perhatian ramai terutamanya rakyat Malaysia di laman sosial Facebook.
Bermula pada status ibu Rayyan, Hasni Hasan memuat naik status di dalam salah satu group di Facebook yang mengatakan anaknya, Rayyan menghidap penyakit kanser mulai November 2014, teringin sangat hendak menaiki kereta BMW dan ibunya memohon agar ada yang sudi memenuhi permintaan anaknya.
Ada atau tidak rakyat Malaysia yang sanggup memenuhi permintaan adik Rayyan untuk membawa beliau menaiki kereta BMW? Sesungguhnya rakyat Malaysia memang pemurah dan mengambil berat tentang orang lain.
Alhamdullilah, bukan setakat sebuah kereta BMW yang akan memenuhi permintaan adik Rayyan, tetapi dua kelab ‘gergasi’ kereta BMW Malaysia yang akan berkonvoi ke rumah beliau
Menurut Facebook Team ///MTHUSIAST dan BMW E60 OWNERS CLUB Malaysia yang akan berkonvoi untuk memenuhi permintaan adik Rayyan pada 19 November 2014 ini jam 8.00 malam untuk menuju ke rumah adik Rayyan di Padang Jawa, Selangor.
Diharap niat murni ahli-ahli kelab ///MTHUSIAST dan BMW E60 OWNERS CLUB Malaysia akan diberkati serta berjalan lancar Rabu ini.
Leave a Reply