‘Abang Botak’ Dedah Punca Pecah Cermin Kereta, Peguam Wanita Mahu Bantu Bebaskan

Mungkin ramai yang tahu mengenai kes Danial Abdullah Tan ‘Abang Botak’ atau ‘Samseng Botak’ yang dijatuhi hukuman penjara 12 bulan semalam gara-gara memecahkan cermin hadapan kereta milik Siew Chean Voon.

BACA : Hukuman Penjara 12 Bulan, Samseng Botak Berhari Raya Dalam Penjara

Tanpa kita tidak sedar, semasa prosiding di mahkamah semalam, Danial ada mendedahkan punca sebenar dia bertindak menghentak cermin kereta tersebut hingga pecah.

“Puncanya dia (pemandu kereta) hendak melanggar saya dan menghimpit saya, saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” – Danial

Punca sebenar ‘Abang Botak’ memecahkan cermin kereta terbabit kerana pemandu kereta Perodua Alza, Siew Chean Voon itu hendak melanggar dan menghimpit dia.

Danial memberhentikan pemandu itu sebenarnya mengajak berbincang tetapi pemandu tersebut kurang ajar terlebih dahulu dengan menunjukkan tanda jari.

Sebab itulah Danial berang dan menghentak cermin hadapan kereta tersebut.

Peguam Wanita, Suzana Norlihan Ujen Mahu Bantu Bebaskan ‘Abang Botak’

Rata-rata ramai yang gembira dengan keputusan mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 bulan pada Danial Abdullah Tan, namun berbeza dengan peguam wanita, Suzana Norlihan Ujen, 43 tahun yang bersimpati dengan Danial.

Suzana juga menyifatkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Danial sebagai tidak adil menyebabkan Suzana terpanggil untuk mengemukakan permohonan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas lelaki itu.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Suzana memberitahu, tindakan itu dilakukan bukanlah disebabkan menyokong perbuatan pemuda terbabit tetapi sekadar mahu menegakkan keadilan buat dirinya.

“Saya nak merayu sebab saya nak masyarakat tahu bahawa jika Lan Pet Pet boleh dapat denda RM2,000 pukul guard, kenapa abang botak tak boleh.

“Bukan nak jadikan abg botak tu hero. Tapi nak tegakkan keadilan yang makin pupus kat Malaysia ni,” tulis Suzana di Facebook.

Mengungkit hukuman denda yang dikenakan terhadap pelawak Lan Pet Pet atas kesalahan memukul seorang pengawal keselamatan yang juga warga emas pada April lalu, Suzana akui denda terhadap Danial jauh berbeza memandangkan Danial hanya orang biasa, bukan artis popular seperti Lan Pet Pet.

“Insyaallah saya cuba appeal kes abg botak. Ada yang mesej saya kata nak bayarkan fee saya bantu dia.

“Saya tak nak dan saya bukan miskin sangat pun. Tak kaya tapi masih cukup makan,” – Suzana.

Ramai yang mesej Suzana untuk bayarkan yuran guaman Danial, namun Suzana menolak bantuan tersebut dan dia juga memberitahu dia berjaya membebaskan seorang lelaki daripada hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen mengungkit semula kes kematian Mohd Fandi yang bertembung dengan kereta dipandu lawan arus oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Cindy Ng, dua tahun lepas kerana hukuman sangat berbeza dengan ‘Abang Botak’ ini.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Peguam Wanita Suzana Tak Jadi Bantu Danial 'Abang Botak' Kerana... - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*