Penerbit drama dan filem terkenal, Datuk A Aida mengakui tujuh lelaki mencuba nasib mengoratnya sejak muncul pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) baru-baru ini dengan penampilan baharu tanpa hijab.
BACA : Pelakon Ditahan Polis, Kes Tipu Wang RM200 Ribu Datuk A Aida
A Aida bagaimanapun berkata, dia menolak kesemua lelaki itu disebabkan tidak memiliki kriteria bertubuh sasa seperti diinginkan.
“Selepas AJL34 baru-baru ini, ada tujuh lelaki nak mencuba nasib. Saya cakap, ‘tidak’. Saya nak lelaki yang bertubuh sasa dan ada ‘six pack’. Jadi, kalau mereka nak dekati saya, pergi ‘betulkan’ perut dulu,” – kata A Aida kepada Harian Metro.
A Aida turut mengakui tindakannya membuka tudung adalah perbuatan yang berdosa.
“Saya tahu, saya berdosa kerana membuka hijab, tapi saya selesa. Dulu, saya pakai tudung kerana taat kepada suami. Bila dah tak bersama, saya ambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.
“Saya mula membuka hijab sejak penghujung tahun lalu ketika saya berada di Maldives. Apa pun, doakan yang terbaik kerana semua mahukan yang terbaik,” – A Aida.
Mengenai perubahan wajah dan bentuk badannya, Aida menjelaskan itu adalah kesan positif daripada kerja kerasnya menjalani senaman di gimnasium.
“Saya ada jurulatih peribadi yang melatih di gimnasium. Dalam seminggu, tiga kali saya akan ke gimnasium dan kerja keras selama tiga tahun menampakkan hasil apabila bentuk wajah saya berubah runcing.
“Selain itu, saya juga mengamalkan pemakanan sihat antaranya pengambilan stem cell, sarang burung dan juga mengamalkan diet telur rebus,” – A Aida.
A Aida juga memberitahu dia mengamalkan pemakanan sihat untuk perubahan wajah dan bentuk badannya yang berbeza dari sebelum ini.
Mengaku Curi Duit RM200 Ribu, Polis Bebaskan Bekas Suami A Aida
Leave a Reply