Isu Perempuan Lawan Arus & Langgar, Suspek Direman & Kes Dibuka Serta Merta

Susulan daripada kemalangan nyawa apabila seorang remaja perempuan melawan arus sejauh lima kilometer yang meragut satu nyawa dan 4 cedera di lebuhraya Sungai Dua, suspek yang didakwa mengambil dadah dan alkohol telah didakwa pada hari ini.

BACA : Profil Cindy Ng : Memandu Lawan Arus Bunuh Satu Nyawa

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek yang tidak bekerja itu sedang khayal dan memberitahu sebab dia melawan arus kerana ternampak sebuah lori besar.

BACA : Perempuan khayal dadah lawan arus dan rempuh 4 kenderaan

Setelah siasatan dijalan, sebelum kejadian perempuan yang dikenali sebagai Cindy Ng itu dipercayai baru balik dari berpesta bersama rakan-rakannya di Bukit Mertajam serta mengambil dadah dan ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Cindy Ng kini masih dalam tahanan dan direman selama empat hari dan akan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


(Sumber video : Youtube)

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Guru Sekolah & Jiran Perempuan Memandu Melawan Arus Dedah Cerita Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*