Sudah pasti ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti pembayaran BR1M 2017 untuk fasa pertama yang dikatakan bermula dibayar pada 18 Februari 2017.
Jangan salah faham dengan tarikh tersebut sekiranya wang BR1M anda belum masuk ke dalam akaun bank anda kerana bermula 18 Februari 2017, proses baucer penerima yang menerima menggunakan akan dilakukan terlebih dahulu.
Manakala penerima yang menggunakan pembayaran melalui akaun bank masing-masing akan mendapat bayatan fasa pertama mereka bermula 22 Februari 2017 ini.
Namun begitu, info yang kami perolehi petang tadi mengejutkan kerana setengah individu penerima BR1M 2017 ini telah dibayar melalui akaun bank mereka.
Yang sahih, penerima tersebut menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan penerima daripada bank lain kami tidak pasti.
Kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2017 (BR1M 2017) yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), bolehlah menyemak akaun masing-masing ya!
Kepada penerima yang menggunakan bank Maybank, Bank Islam, CIMB, RHB dan lain-lain diharap bersabar kerana duit BRIM anda belum lagi ‘mendarat’ di dalam akaun anda. Hehehe…
Leave a Reply