Individu Aib Gambar Menteri Diambil Tindakan

Sesiapa sahaja yang menyebar atau mengaibkan gambar menteri atau pemimpin negara akan diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata akta berkenaan melarang pengguna media sosial menyalah guna kemudahan untuk tujuan memburukkan individu tertentu.

“Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial yang berbuat sedemikian dengan tujuan menggunakan platform komunikasi itu bagi tujuan mengancam dan memburukkan orang lain khususnya pemimpin negara” – Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim


Gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimanipulasi menjadi badut

Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai karikatur badut yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

TEHPANAS – Graphic Designer yang edit benda macam ni macam takde job dah…

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*