Budak 2 Tahun Lemas Dalam Parit Hadapan Rumah

Kanak-kanak yang berusia dua tahun didakwa hilang sebelum ini telah ditemui lemas pagi tadi di dalam parit di hadapan rumahnya di Kampung Kedah, Parit Buntar.

Budak 2 tahun yang dikenali sebagai Shahrul Akhbar Ismail dikatakan sedang bermain di hadapan rumah bersama ibunya, Khadijah Tahir sambil melakukan kerja pembersihan rumah.


(Gambar mangsa)

Ibunya masuk ke dalam rumah untuk menyediakan susu untuk mangsa yang merengek kerana lapar dan apabila keluar dari rumah dengan membawa susu, mangsa telah tiada di hadapan rumah.

Sebelum mangsa ditemui di dalam parit, ibu mangsa meminta bantuan orang kampung untuk mencari mangsa di seluruh kampung tetapi gagal ditemui sehingga jam lebih kurang 10 pagi tadi, seorang penduduk kampung menemui tubuh mangsa terdampar di dalam parit di hadapan rumah mangsa.

 

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Budak 6 Tahun Meninggal Dunia Selepas 2 Jam Dihantar Ke Sekolah Kung Fu - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*