Walapun isu penggunaan bekas polisterin ini sudah lama di negara kita, mulai esok semua pasar raya, restoran dan kedai makan yang menggunakan beg plastik bukan biodegradasi (tidak mudah terurai) dan bekas makanan polisterin akan dikenakan denda sebanyak RM250.
‘Hukuman’ ini akan dijalankan bermula esok, sempena 1 Januari 2016 di negeri Melaka sahaja, bukan seluruh Malaysia seperti mana spekulasi di laman sosial yang menjadi viral sekarang.
Sebelum tahun 2010 lagi, isu pengharaman penggunaan bekas polisterin di Malaysia telah diutarakan dan hanya mampu beberapa bulan sahaja bertahan, selepas itu penggunaan bekas polisterin yang beracun serta mengandungi bahan kimia stirena dan benzena.
Beg Plastik Turut Diharamkan
Selain daripada penggunaan bekas polisterin, penggunana beg plastik juga akan diharamkan dan semuanya telah lama dirancang demi kesihatan rakyat Malaysia, kata Datuk Md Yunos Husin.
Datuk Md Yunos Husin juga menasihati pengguna supaya membawa beg membeli-belah sendiri bagi memudahkan membawa barang masing-masing untuk mengelakkan daripada penggunaan beg plastik.
Adakah hanya peniaga yang menggunakan bekas polisterin dan beg plastik sahaja yang akan didenda? Bagaimana dengan pengeluar, pembekal, pengilang, pengurus pasar raya lain-lain yang terlibat dengan bekas polisterin ini?
Kandungan Bekas Polisterin Sangat Bahaya
Tapi ada baiknya pengharaman bekas polisterin ini kerana ianya mengandungi bahan kimia stirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar, malah mengambil masa sehingga lebih 500 tahun dimusnahkan secara alam semulajadi.
Bahan kimia yang terdapat di dalam bekas polisterin itu juga menyebabkan kanser kepada manusia apabila bahan kimia menyerap ke dalam makanan dan minuman yang akhirnya akan masuk ke dalam tubuh manusia.
Leave a Reply