Jika sebelum ini kenderaan menggunakan nombor plat 1Malaysia banyak berlegar-legar di atas jalan raya seluruh Malaysia, sekarang tiba masanya untuk no pendaftaran di bawah siri MADANI pula telah diperkenalkan.
BACA : Lesen Memandu Kelas B2 Hanya RM100, JPJ Laksanakan Secara Berperingkat
Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menawarkan pengenalan nombor plat di bawah siri MADANI pula.
Kepada korang yang berminat dengan slogan Madani, korang bolehlah merebut peluang untuk membida nombor plat yang bermula dengan teks MADANI untuk kenderaan korang.
Nombor plat MADANI ini boleh dibida sehingga 23 Oktober 2024 melalui laman JPJeBID dengan harga bidaan yang ditawarkan bermula RM100 sahaja untuk korang yang berminat.
Adakah korang berminat? Kalau korang berminat, korang bolehlah melayari laman JPJeBID dan bida nombor plat kenderaan di bawah siri MADANI ini.
Walaweh! nak cuba bid nombor MADANI8481. Heh!
Leave a Reply