Mati Kerana Ketum, Keluarga Dapat Pampasan RM49 Juta

Siapa sangka, ketum yang menjadi kegemaran setengah rakyat Malaysia boleh membawa kematian kepada seorang wanita di Tallahassee, Amerika Syarikat.

Memetik laporan di Harian Metro, Krystal Talavera yang berusia 39 tahun meninggal dunia pada 20 Jun 2021 gara-gara mengambil makanan tambahan diperbuat daripada ketum keluaran syarikat The Kratom Distro, Space Dust.

BACA : Anggota PDRM Kena Tangkap SPRM, Terima Rasuah Pengedar Ketum

Nasib wanita terbabit terbela selepas keluarganya menerima pampasan AS$11 juta (RM49.67 juta) apabila menang kes saman terhadap pengeluar produk itu.

Menurut peguam keluarga wanita itu, Tamara Williams, pampasan diterima keluarga anak guamnya itu sebagai pengajaran kepada pihak lain.

“Pampasan bernilai AS$11 juta ini perlu menjadi peringatan kepada industri ketum mengenai bahan bahaya dan tidak terkawal ini,” katanya seperti dilaporkan New York Post.

Wanita yang merupakan seorang jururawat itu meninggal dunia selepas pengsan secara tiba-tiba di rumahnya di Boynton Beach sebelum ditemui oleh suaminya, Biaggio Vultaggio dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah mereka.

Turut dilihat berada berdekatan dengan mangsa ialah secawan kopi mengandungi makanan tambahan keluaran syarikat The Kratom Distro, Space Dust.

Produk itu yang diperbuat daripada daun ketum dan tidak menerima kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).

Pejabat Koroner Daerah Palm Beach mengesahkan, kematian Talavera akibat mabuk mitragynine akut disebabkan daun ketum.

Anak wanita itu, Devin Filippelli yang berusia 21 tahun mengambil tindakan memfailkan saman ke atas syarikat itu dan pengedarnya, Grow LLC yang mendakwa makanan tambahan diambil ibunya itu menghasilkan kesan menyerupai opioid.

Pengambilan makanan tambahan itu menyebabkan kegagalan pernafasan sekali gus mengancam nyawa ibunya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*