Seorang anggota polis maut tertembak diri sendiri sewaktu melaksanakan tugas sekatan jalan raya di Sungai Buah, Dengkil, Sepang, pagi semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad, dalam kejadian 3.55 pagi itu, anggota lelaki berusia 26 tahun itu berada kira-kira 50 meter dari kawasan sekatan jalan raya.
BACA : Muka Hampir Hancur, Lelaki Mati Tertembak Diri Sendiri Guna Senapang Patah
Md Noor Aehwan turut memberitahu terdapat satu kesan luka masuk ke sebelah kanan atas telinga mangsa dan satu kesan luka tembakan keluar di atas telinga kiri anggota terbabit.
“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian jam 4.35 pagi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Susulan itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya kepada Harian Metro.
Menerusi hasil bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat kesan luka tembakan masuk di sisi kanan menembusi tengkorak sebelah kiri belakang kepala mangsa.
Md Noor Aehwan menjelaskan kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan pihak polis.
Mangsa berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lima tahun lalu dan sudah berkahwin serta mempunyai seorang isteri dan seorang anak.
Leave a Reply