Siapa sangka kerana nafsu, seorang wanita berdepan dengan hukuman penjara selama 300 tahun selepas mengaku bersalah melakukan perlakuan sumbang dan pencabulan ke atas seorang kanak-kanak perempuan.
BACA : Lelaki 71 Tahun Dicabul Lelaki Warga Emas Selepas Khayal Di Taiping
Elizabeth Haway mengaku bersalah selepas sejumlah tujuh pertuduhan termasuk serangan seksual dan penderaan seksual dibacakan terhadapnya pada Isnin lepas.
Wanita berusia 42 tahun yang berasal dari Princeton, West Virginia, itu juga dilihat menangis ketika dia mengakui jenayah kejamnya dan dijangka mula menjalani hukuman bermula 28 Februari tahun depan.
Memetik Metro.co.uk Pejabat Sheriff Mercer County mula menyiasat Haway pada April selepas mendapat video mengenai perlakuan wanita itu yang mencabul kanak-kanak perempuan, yang berusia sekitar lima atau enam tahun.
Leave a Reply