Jadikan Patung Sebagai Isteri, Majlis Akad Nikah Diadakan & Sudah Mempunyai Anak

Demi untuk memenuhi impian sebagai suami isteri, seorang pemuda yang berasal dari Indonesia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan sebuah patung wanita.

BACA : Ahli Bina Badan Luah Hasrat Kahwini Robot Seks Selepas 8 Bulan Bercinta

Perkara tersebut sedikit sebanyak menggemparkan netizen apabila gambar dan video lelaki yang dikenali sebagai Latif Bin Hatan bersama ‘isterinya’ itu yang jelas kelihatan gembira hidup bersama-sama.

Bukan foto hidup bersama sahaja tersebar, malah sebuah rakaman video Latif dan patung yang bernama Siska Binti Yati itu dilihat sudah ‘dinikahkan’ dalam satu majlis akad nikah.

Selain itu juga, gambar ‘isterinya’ yang sedang mengandung dan juga anak mereka yang baru sahaja lahir turut dikongsikan menerusi

Bagaimana pun, kesahihan perkara terbabit tidak dapat dipastikan sama ada lelaki tersebut betul-betul berbuat demikian atau pun sengaja untuk membuat jenaka di media sosial.

Video Latif Bin Hatan berkahwin dengan patung Siska Binti Yati

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*