Suami Tikam Leher Isteri Sampai Mati Kerana Cemburu Diburu Polis

Gara-gara cemburu buta, seorang suami sanggup membunuh isterinya dengan menikam lehernya sehingga mati. Mayat mangsa yang merupakan wanita Myanmar itu ditemui dan pisau masih tercucuk di leher mangsa.

BACA : Berang Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Rakyat Malaysia Bunuh & Setubuh Mayat Gadis Dicintai

Memetik Harian Metro, kejadian disedari jam 10.30 malam tadi apabila polis menemui mayat mangsa dalam bilik tidur di sebuah unit kondominium di Butterworth, Pulau Pinang.

Menurut pihak polis, mangsa yang dikenali sebagai Yoon Hati Htike, 29 tahun, dan bekerja sebagai pembantu klinik dikesan hilang selepas tiga hari tidak datang ke tempat kerjanya sebelum majikannya membuat laporan polis petang tadi.

Gambar mangsa yang dibalut dengan kain selimut berlumuran darah

Berdasarkan laporan dibuat majikan mangsa, Yoon pernah memberitahu bahawa dia mengalami masalah rumah tangga dan suaminya pernah mengugut untuk membunuhnya.

“Dia (majikan) juga menasihati mangsa agar memaklumkan kepada polis berhubung ugutan itu namun tiada laporan dibuatnya.

“Selepas menerima laporan daripada majikan mangsa, polis datang memeriksa kediaman mangsa di tingkat 19 sebuah kondominium di Butterworth sebelum menemui mayat wanita berkenaan dibalut dengan kain selimut berlumuran darah di sebelah katil” – Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Menurut Noorzainy lagi, mangsa dipercayai sudah tiga hari meninggal dunia berdasarkan keadaan mayatnya dan polis kini masih mengesan suami mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Noor Lal Miah, berusia 29 tahun.

Suami Bakar Isteri Hidup-hidup, Bengang Sebab Isteri Mandul

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*