Muka Hampir Hancur, Lelaki Mati Tertembak Diri Sendiri Guna Senapang Patah

Seorang wanita tidak menyangka bunyi letupan yang didengarnya ketika memasak di dapur adalah bunyi tembakan dari senapang patah milik adiknya.

BACA : Senapang Makan Tuan, Peniaga Maut Tertembak Sendiri

Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui mati di dalam bilik oleh kakaknya di kampung di Simunjan pada Khamis lalu, 4.27 petang dilaporkan tertembak diri menggunakan senapang patah.

“Selepas itu saksi keluar mencari dari mana arah letupan, lalu melihat adiknya terbaring di atas tilam dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan bahagian muka sebelah kiri hampir hancur dan mendapati senapang patah milik mangsa berada di atas pahanya.

“Tidak lama selepas itu mangsa meninggal dunia dan saksi mengesyaki adiknya tertembak diri sendiri,” – jelas Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Merbin Lisa kepada Harian Metro.

Hasil siasatan pihak polis mendapati senapang patah adalah milik mangsa sendiri jenis SBBL 12 Bore dan mempunyai lesen yang sah.

Menurut kakak mangsa, adiknya tidak mengalami masalah kemurungan dan tidak juga mempunyai masalah dengan ahli keluarga yang lain.

Polis turut merampas senapang mangsa bagi membantu siasatan manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian dan kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes disiasat kerana mati mengejut.

Disangka Haiwan Buruan, Lelaki Tertembak Adik Sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*