Spiderman Terpaksa Dipanggil Untuk Bantu Budak Bersunat

Bukan mudah untuk menjadi superhero seperti Spiderman kerana membantu budak-budak berkhatan juga turut memerlukan khidmat Spiderman.

Inilah yang terjadi apabila Spiderman terpaksa dipanggil untuk menenangkan kanak-kanak berusia lima tahun yang menangis ketika mahu disunatkan sempena Program Jom Berkhatan di Hotel Bersama Asnaf Sempena Maulidur Rasul di Paya Bunga Hotel Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

Tangisan Ahmad Fawwaz Abdul Rahman menarik perhatian ramai selain turut menimbulkan panik peserta lain yang sedang menunggu giliran masing-masing di luar bilik berkenaan.

Gambar Spiderman yang membantu menenangkan budak bersunat

Selain bantuan ‘Spiderman’, Riyzman Abd Rashid yang juga kakitangan hotel berkenaan, Ahmad Fawwaz terpaksa dipegang ibunya dan dua lagi ahli Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Menurut Rohani Ramli, ibu kepada kanak-kanak itu, dia tidak menyangka anaknya bertindak sedemikian sedangkan sebelum ini anak sulungnya itu beria-ria mahu berkhatan.

Nasib baik Spiderman yang datang, kalau Black Widow, Captain Marvel dan Wonder Woman yang datang, mahu kejung budak tu. Haha!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*